Thursday 9 June 2016

Kenangan Kursus Asas Pegawai Imigresen KP19 2017

Kursus Asas Pegawai Imigresen KP19 2017


Setelah lulus interview, kursus asas pula menyusul di Akademi Imigresen Port Dickson..syukur time ni kursus asas dilaksanakan selama sebulan jer sebab yang sebelum2 ni ada yang 3 bulan. Kenangan yang paling termanis. awal-awal memang rasa nak balik jer tapi bila dah lama lama kat sana rasa nak balik pun sedih sampai nak nangis..Hari pertama pendaftaran jangan datang lambat kalau taknak kena denda.


Kami dibahagikan mengikut platun masing-masing..nasib aku la dapat masuk platun yg first sekali..susah dapat platun first ni..apa2 semua platun ni yang mulakan dulu..Ice Breaking Selama 3 hari (sesi suai kenal) sebelum masuk ke platun masing2 n sebelum memulakan kursus yang sangat serius dan memenatkan iaitu kawad dsb... Selepas minggu suai kenal akan ada la sesi pengundian untuk Majlis Perwakilan Kadet(MPK)...Make sure pilih yang betul2 the best dan aktif n yang pandai bodek jurulatih..chia3..

Paling penting adalah jaga prestasi semasa kat sana sebab ada anugerah untuk kadet terbaik, akademi cemerlang dan platun terbaik...
Tips : Aktifkan penglibatan diri anda dalam setiap aktiviti yang dijalankan...untuk akademi cemerlang tu memang kena score cemerlang dalam exam kursus tu...Platun terbaik pulak adalah bagi platun yang tak banyak buat kes/alasan..platun yang banyak sangat kadet kurang upaya(kku) pun akan merosakkan markah platun.

Tips berguna :

*Kalau taknak hitam teruk n nak cepat putih jangan pakai apa2 produk semasa aktiviti       panas.
*Fon jgn kantoi di dewan kalau tak kena rampas abes kursus baru dpt balik.
*Pilih katil terus carik yang ada tempat nak cas.
*Spot check anytime make sure bilik bersih jgn ada yang basah trgantung2.
*Kunci bilik bagi dekat yang paling amanah(kunci bilik tinggal kena denda n tolak markah).
*Snek jgn lupa untuk menghilangkan ngantuk semasa dgr seminar.


Gangguan Makhluk

Jangan risau yang ni memang xdak masa awl2...nak balik tu hahh ada la sikit2 tapi tak teruk pun..setakat main cak2 je..janji happy no stress2..

Cinta AIMM

Syukur dapat bertemu jodoh di sini...kalau nak cari jodoh di sini lah tempatnya(Bujang sahaja okay)..hahahaha Mr PRES I LOVE YOU💚💚
Show Comments: OR

1 comment:

  1. Salam puan, saya zul, dalam masa terdekat akan ada temu duga untuk kp41, ada apa-apa tips or cadangan tak untuk persediaan?
    Terima kasih ya..

    ReplyDelete